By Hani
yeeeehaaaa.......leave the pain......

aku terjumpa article ni

masa nk cari papper cutting untuk assignment aku
hoho....mcm poyo..
but i like
quite motivated
ade betulnye article ni
kira betullah keputusan aku..
tolak cadangan mak aku
to fast....rilex2 dulu
nanti leh r tunjuk article ni kat mak aku
kompom die xpujuk aku kawin da
hahahahaha

papepun
article ni mmg best
aku mmg belajar byk benda
dpt byk pengalaman
aku sendiri ada wat byk kesilapan
yg paling penting
dont repeat again..ha!
cuma 1 je...
tajuknye..
derita cinta...hahaha
jiwang sgt
(@_@)

monolog untuk aku

"try ur best niza.....try to challenge ur self...
you have to...no body can help you..
the choice in ur hand..
try.....try to make it consistent....i know u can do it...
its ok...take ur time.....
prepare urself
you can be better......
prove it niza
prove it!!!!!"


kelakar pict ni...but meaningful......


Derita cinta boleh sembuh

mymetro

MENGAPA terjadi perpisahan setelah lama menjalin hubungan?

Kecewa, merana, putus asa, geram, marah dan pelbagai rasa melatari seluruh perasaan.

Lalu anda menangis berhari-hari, bahkan berbulan dan ada yang memakan tahun semata-mata masih menyayangi insan yang pernah bertakhta di hati. Antara kesilapan terbesar yang dilakukan selepas putus cinta adalah membabitkan diri dengan ‘seseorang’ yang lain sebelum luka lama sembuh. Dua lagi kesilapan berkaitan termasuk tidak mengambil sepenuhnya tanggungjawab ‘bersama’ atas perkara yang menjadi sebab putusnya hubungan dan anda tidak pasti isu itu selesai sebelum memulakan hubungan yang lain

Melakukan perkara yang sama berulang kali dengan mengharapkan keputusan yang berbeza adalah tindakan tidak waras. Sedar hati perlu pulih, tetapi tidak berbuat apa-apa tidak akan membantu anda bersedia untuk perhubungan seterusnya. Ia mungkin hanya memanjangkan lagi derita. Jadi, bagaimana hendak mengelak kesilapan yang sama berlaku?

Berlaku jujur. Lihat diri anda dengan ikhlas - apa yang sudah anda lakukan sama ada sengaja atau tidak yang boleh menyumbang pada kegagalan cinta lalu. Berjanji pada diri untuk buat perubahan sebelum terbabit dalam perhubungan cinta seterusnya.

Sekarang masa untuk menjadi lebih matang. Sebagai seorang yang kembali solo, anda seharusnya menggunakan masa ini untuk melihat dan mengkaji sikap anda terlebih dulu, apa yang sudah dilakukan ketika bercinta dan apa yang anda tidak suka dengan sikap bekas kekasih.

Menimba pengalaman. Inilah masa untuk anda menimba pengalaman berdiri atas kaki sendiri. Belajar menjadi matang dan berdikari. Ingat, anda mesti belajar untuk berdiri dengan sendiri sebelum boleh berdiri bersama

Tahan keinginan untuk membabitkan diri dalam satu perhubungan yang lebih intim terlalu awal. Berkawan lebih daripada seorang tidak salah sebab itu atas dasar berkawan, tetapi jangan pula terbabit dalam masalah sosial kerana terlebih berkawan.

Perlu ‘berehat’. Anda tidak perlu membabitkan diri dalam perhubungan baru secepat mungkin selepas putus cinta dengan harapan ia akan dapat mengubat hati yang lara. Itu adalah tindakan yang tidak bijak. Perhubungan yang terputus, memedihkan dan amat melukakan mengambil masa untuk sembuh.

Cermin diri. Kalau hendak tahu apa masalah dalam perhubungan lalu, pandang diri di cermin. Beranikan hati melihat jauh ke dalam diri dan bebaskan diri daripada menuding jari atau menyalahkan pihak lain. Masanya sudah tiba untuk memikul tanggungjawab dan sedar siapa diri - apa yang sudah dibuat, cara berfikir, cukupkah ilmu pengurusan cinta dan perhubungan dan pelbagai aspek lain.

Perhubungan yang paling penting untuk ialah perhubungan dengan diri sendiri. Bina semula hubungan dengan diri serta betulkan segala kesilapan dan sikap negatif.


Langkah pertama ini amat penting sebelum anda menjadi diri anda yang baru dalam hubungan sihat dan bahagia selepas ini. Luangkan juga masa untuk berusaha menyediakan diri menghadapi cinta yang bakal menjelma.

Berhenti menuding jari. Sekarang adalah masa untuk berhenti menyalahkan orang lain atas keperitan yang anda cipta untuk diri sendiri. Sekarang adalah masa untuk memaafkan supaya luka dan keperitan ini akan cepat sembuh. Pilihan di tangan anda. Luka tidak akan sembuh sehingga anda membenarkan diri untuk memberi kemaafan.


Kalau anda masih mengatakan bekas kekasih tetap menjadi punca putusnya cinta dan membuatkan anda menderita, inilah masa untuk lepaskan semua perasaan benci itu selain perlu menerima tanggungjawab atas pilihan yang ada sekarang.


Ia juga perlukan disiplin untuk lakukan semua ini. Ketahuilah penderitaan hanya sementara. Derita putus cinta memang boleh sembuh. Anda akan sedar bahawa menjadi diri anda yang ceria seperti dulu dan kuat adalah lebih bermakna daripada terus ‘melekat’ dengan kenangan silam dan perasaan benci yang tentu sekali tidak mendatangkan hasil

3 Responses
  1. Unknown Says :

    lah...pehal artikel ni separuh je aku dpt tgok...huhuhuhu :'(


  2. hanni Says :

    hehe...xpayah tegok...ko bukan ade derita cinta


  3. Hani Says :

    ha.....dah....baca