By Hani

Bila aku hny berdua dgn Dia
selalu aku berfikir
kenapa sukar untuk memafkan?
kenapa susah merelakan?
kenpa payah mengikhlaskan?
sedangkan tu yg paling aku inginkan
tiap hari aku cuba

aku seolah2 da dapat jawapan
bila baca 2 article nie
aku memang lemah
masih ego
memaafkan tidak sepenuh hati
masih lemah iman aku
masih rapuh jiwa aku


Buat masa sekarang

semangat dan kei

khlasan aku

tak ubah macam graph sin

hehehehe
klw amplitute +1
kekuatan maximun
klw amplitute -1
semangat aku minimum
tiap hari shift ikut turn
periodic and complete cycle


graph of sin x


mean that
aku kena kuat
usaha lagi
sabar lagi
doa lagi
sampailah semangat aku berubah
jadi mcm graph of tangen
biar sampai ke infiniti
ikhlas dan telus
amin



graph of tangen x



monolog untuk

aku


"biarkan dia niza

ikhlaskan dia
yakinlah
Allah lebih tau apa yg terbaik untuk hambanNya
jgn berhenti berdoa
untuk kebaikan diri
dan jugak dia
sbb...sejahat2 dia
dia pernah menjadi org yg kau sayangi
dan dia pernah menyayangi ko
kasih syang tu anugerah terindah
bersyukur kerana pernah merasainya
ingat...insafkan diri
pasti Dia mempunyai sebab
kenapa hanya seketika kasih sayang itu
dipinjamkanNya"


"articles yg membawa infinite kesedaran"
untuk haniza

1st Article


Mengapa sukar untuk memberi maaf apabila hati sudah dilukai? Mengapa tidak mahu melupakan apabila disakiti? Mengapa tidak tenang dan sering berdendam apabila dihina dan diumpat? Andainya kita tidak mampu memaafkan kesalahan orang lain bererti kita belum mempunyai hati yang benar-benar bersih, kita belum menjadi seorang yang rendah hati dan pemaaf. Lunakkan hati dengan renungan ini:

Bila sukar memaafkan kesalahan orang lain bermakna kita ada sifat ego dan sombong yang dimurkai oleh Allah. Siapakah kita yang mahu merasakan diri sebagai 'tuan' dan mahu orang lain sentiasa berbuat baik terhadap kita. Bila ada orang membuat kesilapan, siapakah kita untuk marah, berdendam dan berharap dia akan menerima balasan dari perbuatannya.
Setiap orang ada kelemahan dan kekurangan, termasuk diri kita. Kalau hari ini orang bersalah dengan kita, tidak mustahil suatu hari nanti kita pula tersalah dengan orang. Apakah kita jamin yang kita tidak akan membuat salah dan silap? Kalau kita mahu orang memaafkan kesalahan kita, sudah pasti orang lain juga mengharapkan kemaafan dari kita. Ingatlah bahawa semua yang terjadi ini hakikatnya adalah dari ALLAH jua. Segala kelemahan dan kesalahan manusia terhadap kita adalah ujian dari ALLAH. Dia mahu melihat apakah kita dapat menerimanya dengan sebaik-baiknya. Bila kita tetap marah dan tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain pada kita ertinya kita marah pada ALLAH. Kita berkata "ALLAH, tidak patut Kau buat aku begini."
Bila orang bersalah dengan kita selidiklah apakah dosa yang kita lakukan sehingga ALLAH takdirkan begitu terhadap kita. Bila sedar akan kesilapan dan dosa kita sama ada terhadap manusia atau kecuaian kita pada ALLAH, nanti akan datang rasa 'memang patut dihukum' dan orang yang melakukan kesilapan terhadap kita hanyalah sebagai perantaraan sahaja.
Bila sedar bahawa segala kejahatan manusia terhadap kita merupakan hukum dari ALLAH, seharusnya kita bersyukur kerana dihukum di dunia. Itu juga tanda ALLAH memberi perhatian kepada kita dan mahu mengampunkan dosa-dosa kita di dunia agar terlepas hukuman yang lebih dahsyat di akhirat. Sepatutnya ini menggembirakan kita sehingga mampu untuk kita memaafkan orang yang bersalah.
Seandainya kita tidak mahu memaafkan kesilapan orang, kita tidak untung apa-apa. Apalagi kalau berdendam atau bertindakbalas dan berkasar terhadapnya; maka kita juga akan terjerumus dalam dosa dan mendapat kebencian dari ALLAH S.W.T.
Memberi kemaafan adalah sukar sekiranya kita belum ada sifat kehambaan, yang melihat segala yang berlaku adalah di bawah pentadbiran ALLAH Yang Maha Mengetahui. Kita akan takut untuk marah dan berdendam dengan manusia hanya dengan ujian yang menimpa, kerana bimbang kalau-kalau ujian itu merupakan petanda ALLAH sedang murka terhadap dosa-dosa kita.

RASULLAH S.A.W BERSABDA:

"SEBAIK-BAIK MANUSIA ADALAH ORANG YANG LAMBAT MARAHNYA DAN SEGERA PULA REDA APABILA SUDAH MARAH DAN SEJAHAT-JAHAT MANUSIA ADALAH ORANG YANG LEKAS MARAHNYA DAN LAMBAT PULA REDA MARAHNYA ITU."


2nd Article


Orang yang tidak memaafkan, akan sentiasa ‘diikat’ oleh orang yang tidak dimaafkannya. Sebaliknya, jika kita memaafkan, nescaya kita akan terlepas daripada ikatan kemarahan yang membakar diri sendiri. Justeru, Allah telah mengingatkan dalam Al Quran agar kita menolak satu kejahatan dengan satu kebaikan.

Langkah memaafkan orang lain termasuklah dalam erti menolak satu kejahatan dengan kebaikan. Berilah kemaafan, maanfaatnya besar untuk diri dan orang lain. Sebaliknya, tidak memafkan meletakkan kita sebagai calon penghuni rumah sakit jiwa!

Berikut adalah antara kebaikan memberi maaf:
• Hati akan lebih tenang.
• Wajah akan bersih.
• Semangat kerja akan tinggi.
• Penyakit akan cepat sembuh.
• Hidup akan menjadi berkat.
• Murah rezeki.
• Mendapat lebih ramai sahabat.

Anehnya, manusia masih enggan memberi sekalipun hanya memberi maaf, senyuman dan kata-kata yang baik. Mengapa? Berikut adalah antara sebab-sebab mengapa manusia enggan memberi:

• Memberi akan mengurangkan.
• Orang yang menerima tidak berterima-kasih.
• Tidak ada apa-apa yang hendak diberi.
• Takut dieksploitasi & dimanupulasi.
• Tidak adil setelah kita penat berusaha.
• Tidak mendapat balasan (sia-sia).

Mari kita tangani setiap alasan untuk tidak memberi itu. Berikut adalah beberapa alasan mengapa kita tidak memberi dan bagaimana cara untuk menanganinya. Insya-Allah. Jom sama-sama kita mujahadah untuk amalkan!

i) MEMBERI AKAN MENGURANGKAN

Sayyidina Ali ra berkata, “rezeki kamu adalah apa yang telah kamu gunakan dan yang apa yang telah kamu belanjakan ke jalan Allah.”
Apabila kita “memberi” hakikatnya kita memberi kepada kita sendiri kerana semuanya menjadi “saham” di akhirat. Ramai tokoh-tokoh korporat yang berjaya hari ini kerana niat awal mereka berniaga adalah untuk mengeluarkan zakat.

Memmberi sebahagian harta seperti mana yang kerap dianjurkan oleh Al Quran, akan membersih dan menyuburkan harta. Metaforanya sama seperti mencabut sebahagian anak pokok sayur di atas batas. Dengan mencabutnya sebahagiannya, pokok sayur yang lain akan tumbuh lebih subur dan lebat.

Keinginan untuk memberi juga adalah dorongan yang kuat untuk berusaha (mencari rezeki). Untuk memberi mesti memiliki. Untuk memiliki kita mesti mencari. Oleh itu dorongan untuk memberi menyebabkan kita berusaha dengan lebih gigih. Kita akan mengamlakan prinsip 3 M dalam berusaha – Mencari, Menyimpan dan Memberi.

ii) ORANG YANG MENERIMA TIDAK BERTERIMA-KASIH

Ini lumrah alam (sunatullah). Jika kita ingin hidup dengan majoriti manusia yang berterima-kasih kita perlu berada di planet lain. Jika kita mengharapkan terimasih atas kebaikan yang kita lakukan, nescaya kita akan sakit jiwa kerana ramai manusia tidak pandai berterima-kasih di dunia ini. Jika ada ucapan terima kasih, baru kita boleh memberi, kita bukan sahaja akan kecewa bahkan itu menunjukan kita orang yang ego.

Allah yang Maha Memberi pun tidak mendapat balasan terima-kasih daripada hamba-Nya. Allah sendiri mengakui hakikat ini menerusi firman-Nya:
“Cari ayat: Sangat sedikit dikalangan hamba-Ku yang bersyukur.”
Namun apakah dengan itu Allah berhenti memberi? Tidak. Allah terus memberi walaupun hamba-Nya tidak pandai berterima kasih (bersyukur). Lalu siapakah kita untuk berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat balasan terima kasih?

iii) TIDAK ADA APA-APA YANG HENDAK DIBERI

Jangan sempitkan rezeki dengan ‘menyempitkan’ pengertiannya. Rezeki bukan hanya wang ringgit dan harta, jika itulah pengertiannya sudah tentu kita tidak selalu ‘ada’ untuk memberi. Luaskan pengertian rezki maka “banyaklah” rezeki kita untuk diberikan kepada orang lain. Rezeki bukan hanya berbentuk material tetapi tenaga, doa, ilmu, kata-kata yang baik, pimpinan, senyuman, pandangan yang baik juga termasuk rezeki. Kalau demikian, tertolaklah alasan untuk tidak memberi kerana tidak ada apa yang hendak diberikan.

iv) BIMBANG DIEKSPLOTASI DAN DIMANUPULASI.

Mesti diimbangi antara sangka baik dengan sifat berhati-hati. Jangan terlalu prasangka dan jangan pula percaya secara membabi-buta. Lihat dan telitilah dahulu berdasarkan fakta dan data-data lahiriah. Kemudian memberilah jika dirasakan hasil pemerhatian lahiriah kita orang itu patut menerima pemberian kita.

Jangan cuba-cuba menebak hati manusia. Urusan hati orang yang menerima bukan soal kita. Sekiranya, tersilap orang pun pasti pemberian kita akan mendapat pembalasan daripada Allah, jika tidak dunia, pasti di akhirat. Insya-Allah. Jangan terlalu berhati-hati hingga jatuh ke tahap prasangka dan curiga. Relakanlah riri dieksploitasi dan dimanupulasi untuk kebaikan.

v) TIDAK ADIL UNTUK KITA YANG BERUSAHA.

Dengan apa kita berusaha? Apakah modal kita? Modal usaha kita semua daripada Allah. Tenaga, fikiran dan apa jua milik kita hakikatnya diberikan oleh Allah. Allah memberi untuk kita memberi. Allah memberi kepada hamba-Nya melalui saluran hamba-hamba-Nya yang lain. Mesti kita sedari bahawa kita adalah ‘saluran’ Allah untuk memberi. Oleh kerana itulah Allah menggunakan kalimah ‘KAMI’ (keterlibatan pihak lain) apabila menjelaskan tentang pemberian rezeki-Nya.

Adalah tidak terpuji sekiranya kita tidak memberi kerana ia samalah dengan menyekat saluran rezeki daripada Allah untuk orang lain. Hakikatnya ‘kepunyaan’ kita yang hendak diberikan itu bukanlah kepunyaan kita tetapi kepunyaan Allah yang diperintahkan-Nya untuk diberikan kepada orang lain. Manusia ialah ‘peminjam’ bukan ‘pemilik’. Memulangkan pinjaman adalah adil. Sebaliknya tidak memberi itulah kezaliman yang nyata.

vi) TIDAK MENDAPAT BALASAN.

Individu yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, pasti menolak anggapan memberi tidak akan mendapat balasan. Bukankah Allah telah berfirman:
“*Cari ayat: Sebesar zarah kebaikan akan mendapat balasan (kebaikan).”
Malah pembalasan daripada Allah adalah lebih baik dan lebih kekal. Keyakinan kepada Allah dan hari Akhirat sangat penting sebagai dorongan untuk kita memberi.

Malah ganjaran atas kebaikan yang kita lakukan bukan hanya di akhirat tetapi ia dirasai di dunia lagi. Di dunia, orang yang memberi akan mendapat ‘ketenangan’ hati. Hakikatnya, mereka “berzikir” dengan anggota (rujuk isu utama Solusi Edisi ke-10: Mencari Bahagia). Orang kaya hakikatnya “berzikir” (zikir fikli) apabila menginfakkan hartanya. Ulama berzikir ketika menyampaikan ilmunya. Pemimpin sedang berzikir ketika memimpin dengan kuasa dan kewibawaannya. Dan semua ini akan berikan ketenangan di dunia.

Dalam sebuah hadis panjang yang diriwayatkan oleh Al Tirmizi dan Ahmad Nabi Muhammas saw telah bersabda tentang dialog Allah dengan para malaikat yang begitu kagum melihat penciptaan gunung, kemudian besi, kemudian api, kemudian air, kemudian angin… Malaikat bertanya, “Ya, Allah! Adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dari semua itu? Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, “Ada, yakni amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahui.”

Walaupun hadis tersebut menjelaskan betapa pentingnya ikhlas dalam amalan, tetapi ia secara tidak langsung menunjukkan keutamaan memberi. Ya, untuk berjaya (dunia dan akhirat) kita hendaklah menteladani orang yang berjaya. Semua mereka adalah terdiri daripada orang yang sangat komited dengan memberi.

Jika anda miskin, jangan jadikan itu alasan untuk tidak memberi. Jadilah simiskin seperti Sayidina Ali Karamallahuwajhah. Dia tetap memberi walaupun hidup dalam kemiskinan. Sesungguhnya dia sangat menyedari apa yang dimaksudkan oleh hadis Rasulullah saw bahawa Allah cinta kepada orang yang pemurah, namun Allah lebih cintakan orang miskin yang pemurah. Hanya satu sahaja penghalang untuk memberi… lemah iman!





edit post
Reactions: 
0 Responses