By Hani
saat aku lost....hilang punca....
selalu tercari2 apa patut aku buat..
kebetulan
kata2 dari peikan ni...memang indah...
sesungguhnya...cukup untuk dijadikan bekalan didup...
selamat dunia akhirat....
jawapan untuk semua persoalan

Mutiara Kata - Dipetik dari Facebook Yusri Jaafar.


Telah berkata seorang cendiakawan Islam kepada anaknya:
Wahai anakku, aku telah merasai segala-gala yang enak-enak dan baik-baik di dunia ini, tetapi kenikmatani sihat tubuh badan adalah lebih baik.
Anakku, ayah telah merasa segala kepahitan, kerumitan dan kesusahan tetapi belum ada yang lebih pahit, rumit dan kesusahan daripada pertolongan manusia.
Anakku..ayah pernah menanggung besi dan batu yang berat-berat tetapi belum pernah ayah dapati betapa beratnya tanggungan hutang

Sahabatku ingatlah.....
1. Sesiapa yang berkehendakan kepada bekalan maka taqwa adalah bekalan yang terbaik
2. Sesiapa yang berkehendakan kemuliaan maka Islam sudah cukup menjadi seseorang itu mulia
3. Sesiapa yang berkehendakan keadilan maka hukum Allah adalah yang seadil-adilnya
4. Sesiapa yang berkehendakan teman untuk berhibur maka zikir kepada Allah dapat menghiburkan
5.Sesiapa yang berkehendakan peringatan maka kematian adalah peringatan yang terbaik
6.Sesiapa yang berkehendakan teman untuk menenangkan hati maka Al-quran dapat merawat hati
7. Sesiapa yang berkehendakan kekayaan maka sifat bersyukur sudah cukup menjadikan seseorang itu kaya
8. Sesiapa yang berkehendakanperhiasan yang indah maka ilmu adalah perhiasan yang terindah
9.Sesiapa yang inginkan kerehatan sebenar maka syurga adalah tempat berehat yang abadi

TETAPI INGAT...BARANG SESIAPA YANG TIDAK CUKUP DENGAN PERKARA-PERKARA DI ATAS MAKA NERAKA ADALAH LAYAK DAN CUKUPNYA.


Sekian. Wassalam
edit post
Reactions: 
0 Responses